Penyerang Manchester United, Anthony Martial, dianggap berpotensi menjadi pemain seperti Cristiano Ronaldo, menurut legenda Red Devils – Dwight Yorke.

Anthony Martial adalah penyerang yang direkrut oleh Manchester United pada tahun 2015.

Beliau mengalami beberapa masa yang sukar di Old Trafford. Cedera dan isu tidak konsisten bermain membuatnya menghabiskan banyak masa di bangku simpanan untuk Red Devils, pada era Jose Mourinho.

Namun, musim ini Solskjaer telah memberikan kepercayaan yang lebih besar pada Anthony Martial untuk menerajui serangan Manchester United.

Martial membalas keyakinan Solskjaer dengan menjaringkan 23 gol musim ini, yang merupakan rekod terbaik dalam kariernya.

Dwight Yorke mengakui bahawa beliau optimis, Martial dapat menjadi penyerang hebat di masa depan.

“Anthony Martial seperti saya, Thierry Henry atau bahkan Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo,” kata bekas penyerang Manchester United itu kepada talkSPORT.

Dwight Yorke membrikan persamaan Anthony Martial dengan dirinya dan Cristiano Ronaldo adalah bagaimana kedudukannya berubah dari pemain sayap ke serangan.

Yorke juga yakin Martial dapat berkembang dengann baik sama seperti Ronaldo atau Thierry Henry di masa depan.

“Pemain ini memulakan karier mereka di sayap, kemudian mengembangkan diri mereka dan mengasah kemahiran mereka untuk menjadi pemain nombor sembilan seperti yang dilakukan Martial ketika ini,” kata bekas penyerang yang membantu Manchester United memenangi treble pada tahun 1999.

Yorke percaya Martial tidak ada masalah dengan peranan barunya itu dan gembira untuk membantu pasukannya.

Malah Yorke berpendapat Martial lebih baik bermain di nombor sembilan berbanding dengan posisi sayap.

“Saya percaya Martial akan menjadi lebih baik dalam posisi itu. Namun, dia harus bermain lebih banyak dalam posisi itu, kerana dia harus banyak belajar tentang peranan barunya pada masa ini,” kata Yorke.

yroke

“Martial masih berusia 20-an, saya sendiri tidak bermain sebagai penyerang tengah sehingga saya berumur 24 tahun. Sekiranya anda melihat Henry dan pemain yang saya sebutkan baru saja berubah posisi pada usia itu. Jadi Martial masih dalam proses,” sambungnya.

Manchester United setakat ini mempunyai kombinasi barisan serangan yang cukup mematikan. Ole Gunnar Solskjaer banyak bergantung pada Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood dalam serangan The Red Devils musim ini.

Baca juga artikel lain

UCL: PSG Ke Final Buat Pertama Kali

Analisis: Bagaimana Conte Membentuk Gandingan Lukaku-Martinez Sehingga Menghasilkan 51 Gol Musim ini

RASMI: AS Roma Dapat Pemilik Baharu, Friedkin Group